Tuesday 24 January 2017

HUBUNGI KAMI

Sekolah Kebangsaan Limbang
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Limbang, Limbang 98700,
Sarawak, Malaysia.

Telefon  = 085217971

EMAIL= sklimbang@gmail.com
SEKOLAH KEBANGSAAN LIMBANG


SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN LIMBANG


Pada mulanya sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Agama Limbang. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka sekolah ini telah dinamakan sebagai Sekolah Rendah Kerajaan Limbang sebelum dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Limbang.

 Kelulusan bagi membuka sekolah ini diperolehi pada tahun 1998 dan hanya dilaksanakan pada 1999. Pada mulanya sekolah ini berstatus sebagai sekolah bantuan agama di bawah kelolaan Jabatan Pelajaran Sarawak. Disebabkan isu-isu setempat maka statusnya telah ditukar kepada sekolah biasa dengan punca kewangannya disalurkan oleh  Jabatan Pelajaran Sarawak sepenuhnya.
                                                                                                                            
Sekolah Kebangsaan Limbang memulakan operasi pada Januari 1999 dengan menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Melayu Pusat, Limbang. Pada mulanya sekolah ini mengambil seramai 70 orang murid yang ditempatkan ke dua buah bilik darjah yang berasingan jantina. Tenaga pengajar pada ketika itu terdiri daripada seorang guru lelaki dan seorang guru perempuan dan ditadbir oleh seorang guru besar iaitu Puan Chamuis Bt Matair. Majoriti muridnya berbangsa Melayu (bumiputera) dan beragama Islam.

Pada tahun 2000 sekolah ini berpindah sementara ke bangunan lama Pejabat Residen Limbang dengan pertambahan dua buah kelas. Disebabkan bilangan kelas yang tidak mencukupi untuk menampung pertambahan bilangan murid yang ramai, maka pada tahun 2002 sekolah ini berpindah lagi ke Sekolah Menengah Kerajaan Limbang sehingga tahun 2013.

            Pada  tahun  2014, bangunan Sekolah Kebangsaan Limbang telah siap sepenuhnya dan boleh beroperasi untuk sesi persekolahan tahun 2014.

 Senarai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Limbang

BIL

Nama Guru Besar

Tahun

1

Pn Chamuis Bt Matair

Januari 1999 - 2004

2

En Umar Bin Ali

1 Oktober 2005 - 2014

3

Pn Kartini Bt Hasbollah

7 Januari 2015 -  2017

4

En Awangku Abdul Razak Bin Awangku Yusop

2018- Hingga Sekarang