Friday 24 March 2017

CARTA ORGANISASI


PROFIL SEKOLAH


LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah ini terletak lebih kurang 7 km dari Bandar Limbang di antara Kampung Limpaki dan Kampung Sibukang. Ia merupakan bangunan baharu milik sepenuhnya Sekolah Kebangsaan Limbang. Sekolah ini mempunyai banyak kemudahan seperti bangunan sekolah, bangunan asrama, dewan makan, bangunan Prasekolah, kantin dan surau.
Murid-murid yang akan ditempatkan sekolah ini melalui saringan ujian semasa mereka berada di prasekolah atau tadika. Murid-murid yang terpilih dan memenuhi syarat kelayakan sahaja yang akan ditempatkan di sekolah ini. Semua murid di sekolah ini adalah terdiri daripada murid beragama Islam.
Sehingga kini, Sekolah Kebangsaan Limbang telah ditabdir oleh tiga orang guru besar iaitu Puan Chamuis Bt Matair (1999 - 2004), Encik Umar B Ali (2005 - 2014) dan Puan Kartini Bt Hasbollah (2015 – sehingga kini). Samai 38 orang daripada 40 orang guru yang mengajar di sekolah ini adalah guru-guru yang beragama beragama Islam.
Dalam bidang kokurikulum, SK Limbang telah menjadi johan bagi Anugerah Cemerlang Kokurikulum Peringkat Negeri Sarawak Kategori Sekolah Luar Bandar Tahun 2008,Anugerah Ketua Menteri 2009 dan Penerima New Deal 2010 dan murid sekolah SK Limbang telah mewakili negeri Sarawak dalam pertandingan Deklamasi Sajak dan Pidato Piala Diraja 2009.
Di samping itu, SK Limbang juga mempunyai guru-guru yang telah menerima pelbagai anugerah seperti Anugerah Guru Inovasi dan Kreativiti,MAMPU ISO Negeri Sarawak (Anugerah Setiausaha Persekutuan Sarawak 2009) dan juga Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak Kategori Guru Sekolah Rendah 2008.
Kejayaan dalam akademik dan kokurikulum yang dikecapi oleh warga SK Limbang telah menjadi landasan bagi murid-murid untuk memiliki pelbagai kemahiran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

 VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MATLAMAT

Menjadikan Sekolah Kebangsaan Limbang Sebuah Sekolah Bestari Mewujudkan Budaya Yang Menyeronokkan Serta Melahirkan Insan Yang Berkualiti Dan Berakhlak Mulia

MOTO


PIAGAM PELANGGAN

Bahawasanya kami warga SK LIMBANG, LIMBANG dengan ini berjanji akan memberikan perkhidmatan yang baik kepada

MURID :
·       Mempastikan semua murid menerima pengajaran dan pembelajaran mengikut masa yang diperuntukkan.
·       Semua murid akan dilayan dengan adil tanpa mengira kaum dan agama.
·       Semua murid akan dilayan dengan mesra apabila berurusan dengan kaunter pejabat.
·       Bantuan yang disalurkan oleh kerajaan akan diberikan kepada yang layak.
·       Berpeluang menyertai semua program sekolah di peringkat zon, negeri dan kebangsaan bagi yang layak.

STAF :
·       Staf dapat bekerja dalam suasana yang kondusif.
·       Menerima latihan dalaman untuk peningkatan kendiri sekurang-kurangnya 3 kali  setahun.
·       Guru dapat mengajar mengikut opsyen.
·       Rekod perkhidmatan dikemaskini dalam tempoh 3 hari selepas menerima maklumat perubahan.
·       Mendapat semua maklumat dan pekeliling perkhidmatan yang dikeluarkan  oleh “stake holder”. 

WARIS :
·       Akan dilayan sama adil tanpa mengira status.
·       Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih dari 3 hari bekerja.
·       Setiap cadangan/usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak.
·       sekolah.Permohonan untuk anak bertukar sekolah akan diselesaikan dalam masa 2 hari.

STAKE HOLDER :
·       Memastikan semua arahan PPDG/JPN/KPM melalui surat makluman dan pekeliling diambil tindakan segera.
·       Semua surat PPDG/JPN/KPM akan dijawab dalam masa 3 hari jika diperlukan

* Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi,  sila
berjumpa atau hubungi Guru Besar di talian 085217971 

LAGU SEKOLAH

SEKOLAH CEMERLANG INSPIRASI MURNI

BERAZAM DAN BERUSAHA GIGIH
DEMI MEMBANGUN KEILMUAN SEJATI
PROGRESIF DAN MORALATIF
PRINSIP MISI VISI KAMI MILIKI
CELIK ICT DAN BERWAWASAN TINGGI
BERAKHLAK MULIA BUDAYA KAMI
GLOBALISASI SEDIA HADAPI
BAGI MEREALISASI SEKOLAH BESTARI
KORUS
KAMILAH PRINTIS INSPIRASI MURNI
BERKUALITI AMANAH DIRI
GURU SEJATI BERASPIRASI
SEKOLAH CEMERLANG SEKOLAH BESTARI
SK LIMBANG SEKOLAH WAWASAN
MELAHIR INSAN PENUH KEYAKINAN
BERPRESTEJ TINGGI PENUH GEMILANG
SAHSIAH DAN HARMONIS
DAPAT DITERUSKAN

LIRIK & LAGU CIPTAAN ENCIK ADENAN BIN ABDUL AMIT(GURU)

LOGO SEKOLAH
·       AL-QURAN :QALAM ALLAH S.W.T. YANG MERUPAKAN MUKJIZAT YANG       DIWAHYUKAN KEPADA  NABI MUHAMMAD S.A.W  DAN MEMBACANYA ADALAH IBADAT. MEMPELAJARI ISI KANDUNGANNYA ADALAH WAJIB.
·       PENA          :MELAMBANGKAN SEKOLAH YANG MEMBERI INSPIRASI SUPAYA SELALU BERUSAHA DEMI MENCAPAI PRESTASI AKADEMIK YANG CEMERLANG.
·       WARNA BIRU:KEHARMONIAN YANG TERJALIN ANTARA MURID-MURID.
·       WARNA HIJAU :MENCERMINKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM.
·       WARNA KUNING :MELAMBANGKAN BAHAWA PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH PERLU DIPATUHI DAN HORMAT-MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN.
·       WARNA HITAM :MELAMBANGKAN BAHAWA MASIH TERLALU BANYAK RAHSIA ILMU YANG PERLU DITEROKAI DAN INI PERLU DEMI KEMAJUAN BANGSA DAN NEGARA.
·       WARNA PUTIH : MELAMBANGKAN KESUCIAN, KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI BERAHKLAK  TINGGI DAN BERJIWA MURNI