Majlis ini telah diadakan di SARIMAH CURRY HOUSE pada 21 November 2016
Tuesday, 31 January 2017
Tuesday, 24 January 2017
HUBUNGI KAMI
Sekolah
Kebangsaan Limbang
D/A Pejabat
Pendidikan Daerah Limbang, Limbang 98700,
Sarawak, Malaysia.
SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN LIMBANG
Pada mulanya sekolah ini dinamakan
Sekolah Kebangsaan Agama Limbang. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan
maka sekolah ini telah dinamakan sebagai Sekolah Rendah Kerajaan Limbang
sebelum dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Limbang.
Kelulusan bagi membuka sekolah ini diperolehi
pada tahun 1998 dan hanya dilaksanakan pada 1999. Pada mulanya sekolah ini
berstatus sebagai sekolah bantuan agama di bawah kelolaan Jabatan Pelajaran
Sarawak. Disebabkan isu-isu setempat maka statusnya telah ditukar kepada
sekolah biasa dengan punca kewangannya disalurkan oleh Jabatan Pelajaran Sarawak sepenuhnya.
Sekolah Kebangsaan Limbang memulakan operasi pada
Januari 1999 dengan menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Melayu Pusat,
Limbang. Pada
mulanya sekolah ini mengambil seramai 70 orang murid yang ditempatkan ke dua
buah bilik darjah yang berasingan jantina. Tenaga pengajar pada ketika itu
terdiri daripada seorang guru lelaki dan seorang guru perempuan dan ditadbir oleh seorang guru besar
iaitu Puan Chamuis Bt Matair. Majoriti muridnya berbangsa Melayu
(bumiputera) dan beragama Islam.
Pada tahun 2000 sekolah ini berpindah
sementara ke bangunan lama Pejabat Residen Limbang dengan pertambahan dua buah
kelas. Disebabkan bilangan kelas yang tidak mencukupi untuk menampung
pertambahan bilangan murid yang ramai, maka pada tahun 2002 sekolah ini
berpindah lagi ke Sekolah Menengah Kerajaan Limbang sehingga tahun 2013.
Pada
tahun 2014, bangunan Sekolah
Kebangsaan Limbang telah siap sepenuhnya dan boleh beroperasi untuk sesi
persekolahan tahun 2014.
Senarai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Limbang
BIL |
Nama Guru Besar |
Tahun |
1 |
Pn Chamuis Bt
Matair |
Januari 1999 - 2004 |
2 |
En Umar Bin Ali |
1 Oktober 2005 -
2014 |
3 |
Pn Kartini Bt
Hasbollah |
7 Januari 2015
- 2017 |
4 |
En Awangku Abdul
Razak Bin Awangku Yusop |
2018- Hingga
Sekarang |
Subscribe to:
Posts (Atom)