LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah
ini terletak lebih kurang 7 km dari Bandar Limbang di antara Kampung Limpaki
dan Kampung Sibukang. Ia merupakan bangunan baharu milik sepenuhnya Sekolah
Kebangsaan Limbang. Sekolah ini mempunyai banyak kemudahan seperti bangunan
sekolah, bangunan asrama, dewan makan, bangunan Prasekolah, kantin dan surau.
Murid-murid
yang akan ditempatkan sekolah ini melalui saringan ujian semasa mereka berada
di prasekolah atau tadika. Murid-murid yang terpilih dan memenuhi syarat kelayakan
sahaja yang akan ditempatkan di sekolah ini. Semua murid di sekolah ini adalah
terdiri daripada murid beragama Islam.
Sehingga
kini, Sekolah Kebangsaan Limbang telah ditabdir oleh tiga orang guru besar
iaitu Puan Chamuis Bt Matair (1999 - 2004), Encik Umar B Ali (2005 - 2014) dan
Puan Kartini Bt Hasbollah (2015 – sehingga kini). Samai 38 orang daripada 40
orang guru yang mengajar di sekolah ini adalah guru-guru yang beragama beragama
Islam.
Dalam
bidang kokurikulum, SK Limbang telah menjadi johan bagi Anugerah Cemerlang
Kokurikulum Peringkat Negeri Sarawak Kategori Sekolah Luar Bandar Tahun
2008,Anugerah Ketua Menteri 2009 dan Penerima New Deal 2010 dan murid sekolah
SK Limbang telah mewakili negeri Sarawak dalam pertandingan Deklamasi Sajak dan
Pidato Piala Diraja 2009.
Di
samping itu, SK Limbang juga mempunyai guru-guru yang telah menerima pelbagai
anugerah seperti Anugerah Guru Inovasi dan Kreativiti,MAMPU ISO Negeri Sarawak
(Anugerah Setiausaha Persekutuan Sarawak 2009) dan juga Anugerah Khas Ketua
Menteri Sarawak Kategori Guru Sekolah Rendah 2008.
Kejayaan
dalam akademik dan kokurikulum yang dikecapi oleh warga SK Limbang telah
menjadi landasan bagi murid-murid untuk memiliki pelbagai kemahiran selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan murid yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang
Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
MATLAMAT
Menjadikan Sekolah Kebangsaan Limbang Sebuah Sekolah Bestari
Mewujudkan Budaya Yang Menyeronokkan Serta Melahirkan Insan Yang Berkualiti Dan
Berakhlak Mulia
MOTO
PIAGAM PELANGGAN
Bahawasanya kami
warga SK LIMBANG, LIMBANG dengan ini berjanji
akan memberikan perkhidmatan yang baik kepada
MURID :
· Mempastikan semua
murid menerima pengajaran dan pembelajaran mengikut masa yang diperuntukkan.
· Semua murid akan
dilayan dengan adil tanpa mengira kaum dan agama.
· Semua murid akan
dilayan dengan mesra apabila berurusan dengan kaunter pejabat.
· Bantuan yang
disalurkan oleh kerajaan akan diberikan kepada yang layak.
· Berpeluang menyertai
semua program sekolah di peringkat zon, negeri dan kebangsaan bagi yang layak.
STAF :
· Staf dapat bekerja
dalam suasana yang kondusif.
· Menerima latihan
dalaman untuk peningkatan kendiri sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
· Guru dapat mengajar
mengikut opsyen.
· Rekod perkhidmatan
dikemaskini dalam tempoh 3 hari selepas menerima maklumat perubahan.
· Mendapat semua
maklumat dan pekeliling perkhidmatan yang dikeluarkan oleh “stake
holder”.
WARIS :
· Akan dilayan sama
adil tanpa mengira status.
· Setiap aduan akan
disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih dari 3 hari bekerja.
· Setiap cadangan/usul
yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak.
· sekolah.Permohonan
untuk anak bertukar sekolah akan diselesaikan dalam masa 2 hari.
STAKE HOLDER :
· Memastikan semua
arahan PPDG/JPN/KPM melalui surat makluman dan pekeliling diambil tindakan
segera.
· Semua surat
PPDG/JPN/KPM akan dijawab dalam masa 3 hari jika diperlukan
* Sekiranya anda tidak berpuas hati
dengan perkhidmatan yang diberi, sila
berjumpa atau hubungi Guru Besar di
talian 085217971
LAGU SEKOLAH
SEKOLAH CEMERLANG
INSPIRASI MURNI
BERAZAM DAN BERUSAHA GIGIH
DEMI MEMBANGUN KEILMUAN SEJATI
PROGRESIF DAN MORALATIF
PRINSIP MISI VISI KAMI MILIKI
CELIK ICT DAN BERWAWASAN TINGGI
BERAKHLAK MULIA BUDAYA KAMI
GLOBALISASI SEDIA HADAPI
BAGI MEREALISASI SEKOLAH BESTARI
KORUS
KAMILAH PRINTIS
INSPIRASI MURNI
BERKUALITI AMANAH DIRI
GURU SEJATI BERASPIRASI
SEKOLAH CEMERLANG SEKOLAH BESTARI
SK LIMBANG SEKOLAH WAWASAN
MELAHIR INSAN PENUH KEYAKINAN
BERPRESTEJ TINGGI PENUH GEMILANG
SAHSIAH DAN HARMONIS
DAPAT DITERUSKAN
LIRIK & LAGU CIPTAAN ENCIK ADENAN BIN ABDUL AMIT(GURU)
LOGO SEKOLAH
· AL-QURAN :QALAM ALLAH S.W.T. YANG MERUPAKAN MUKJIZAT
YANG DIWAHYUKAN KEPADA NABI
MUHAMMAD S.A.W DAN MEMBACANYA ADALAH IBADAT. MEMPELAJARI ISI KANDUNGANNYA
ADALAH WAJIB.
· PENA :MELAMBANGKAN
SEKOLAH YANG MEMBERI INSPIRASI SUPAYA SELALU BERUSAHA DEMI MENCAPAI PRESTASI
AKADEMIK YANG CEMERLANG.
· WARNA BIRU:KEHARMONIAN YANG
TERJALIN ANTARA MURID-MURID.
· WARNA HIJAU :MENCERMINKAN
KESUCIAN AGAMA ISLAM.
· WARNA KUNING :MELAMBANGKAN BAHAWA
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH PERLU DIPATUHI DAN HORMAT-MENGHORMATI ANTARA SATU
SAMA LAIN.
· WARNA HITAM :MELAMBANGKAN BAHAWA
MASIH TERLALU BANYAK RAHSIA ILMU YANG PERLU DITEROKAI DAN INI PERLU DEMI
KEMAJUAN BANGSA DAN NEGARA.
· WARNA PUTIH : MELAMBANGKAN
KESUCIAN, KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI BERAHKLAK
TINGGI DAN BERJIWA MURNI
No comments:
Post a Comment